Saturday, November 10, 2012

Cerap Langit Dengan Komputer, Telefon Bimbit

  Planetarium Sultan Iskandar (PSI) menggunakan pelbagai aplikasi untuk memudahkan para pelajar menyerap ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi selain yang telah didedahkan oleh guru di sekolah.

Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh PSI ialah Stellarium. Dengan menggunakan aplikasi ini ia dapat membantu dalam menerangkan simulasi tentang kedudukan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari mengikut masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti yang kita ingin.

Terdapat beberapa kelebihan apabila aplikasi ini untuk sistem pembelajaran termasuk imej yang paparkan adalah realistik secara 3D dan serupa dengan objek yang sebenar dan setiap objek boleh dibesarkan supaya pengguna dapat melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

Selain itu, dengan menggunakan aplikasi ini juga para pelajar boleh pergi ke masa lampau, masa sekarang dan masa hadapan untuk melihat kedudukanplanet, bulan, bintang, buruj dan matahari.

Stellarium ini boleh dimuat turun secara percuma di http://www.stellarium.org/ untuk komputer yang mempunyai sistem beroperasi MacOSX, Linux dan Windows bagi sesiapa yang berminat menggunakan aplikasi yang menarik ini.

Selain Stellarium yang dimuat turun ke dalam komputer, terdapat beberapa aplikasi lain iaitu Google Sky Map dengan aplikasi ini boleh dimuat turun dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai sistem beroperasi Android.

Fungsi aplikasi ini dengan Stellatrium adalah sama cuma Google Sky Map hanya sesuai untuk penggunaan di telefon bimbit dan Tablet sahaja.

Aplikasi ini juga boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem beroperasi Android di perisian Android Market. Dengan Google Sky Map ini para pengguna boleh mencerap langit malam dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang senang untuk dibawa mana
-mana sahaja.

Aplikasi Starwalk ini fungsinya juga sama seperti Google Sky Map tetapai Starwalk hanya sesuai untuk sistem beroperasi iOS yang terdapat dalam telefon bimbit. Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan Starwalk contohnya tempat, masa dan tarikh boleh ditetapkan ke masa lampau, masa sekarang atau masa hadapan.

Selain itu, Starwalk juga membantu pengguna dalam memahami apa yang telah dipaparkan pada skrin dan menyediakan pelbagai soalan kuiz yang berkaitan dengan apa yang telah dipaparkan. Dengan kuiz tersebut pengguna dapat mempelajari ilmu astronomi dengan lebih mendalam walau di man saja berada. Ia boleh dimuat turun di Apps Strore untuk telefon tertentu.

Saturday, October 20, 2012

Kepentingan Buruj 星座的重要性

1. Pada zaman dahulu, ahli pelayaan dan pengembara mengunakan buruj untuk menentukan arah.
    古时候,航海员和游牧民族利用星座来辨认方向。


                                        


2. Buruj digunakan kerana buruj sentiasa menunjuk ke arah yang tepat.
    人们用星座来辨认方向是因为星座时常指向固定的方向。

3. Buruj yang sering digunakan adalah buruj Ursa Major, buruj Belantik dan buruj Pari.
    常用来辨认方向的星座是大熊座、猎户座和南方十字座。




4.Buruj digunakan oleh ahli astronomi untuk mengkaji bintang-bintang lain.
星座也被天文学家用来研究其他的星星。

5.Buruj juga boleh digunakan sebagai kalender dengan memerhatikan kedudukannya.
星座的位置被用来制定历法。

6.Kadangkala, manusia menggunakan buruj untuk menentukan waktu yang menjalankan aktiviti tertentu seperti menanam dan menuai.
有时候,人类利用星座来确认季节以进行农耕活动。

Sunday, October 14, 2012

Jenis-jenis buruj (3)各种星座(3)

(e) Buruj Ursa Major 大熊座
    
     Menggambarkan corak seekor beruang besar.
     像一只熊的图案。
                                                                                                                                                             



(f) Buruj Leo 狮子座
  
    Menggambarkan corak seekor singa.
   像一只狮子的图案。



大小熊座


星星的一生-20091111