Saturday, November 10, 2012

Cerap Langit Dengan Komputer, Telefon Bimbit

  Planetarium Sultan Iskandar (PSI) menggunakan pelbagai aplikasi untuk memudahkan para pelajar menyerap ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi selain yang telah didedahkan oleh guru di sekolah.

Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh PSI ialah Stellarium. Dengan menggunakan aplikasi ini ia dapat membantu dalam menerangkan simulasi tentang kedudukan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari mengikut masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti yang kita ingin.

Terdapat beberapa kelebihan apabila aplikasi ini untuk sistem pembelajaran termasuk imej yang paparkan adalah realistik secara 3D dan serupa dengan objek yang sebenar dan setiap objek boleh dibesarkan supaya pengguna dapat melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

Selain itu, dengan menggunakan aplikasi ini juga para pelajar boleh pergi ke masa lampau, masa sekarang dan masa hadapan untuk melihat kedudukanplanet, bulan, bintang, buruj dan matahari.

Stellarium ini boleh dimuat turun secara percuma di http://www.stellarium.org/ untuk komputer yang mempunyai sistem beroperasi MacOSX, Linux dan Windows bagi sesiapa yang berminat menggunakan aplikasi yang menarik ini.

Selain Stellarium yang dimuat turun ke dalam komputer, terdapat beberapa aplikasi lain iaitu Google Sky Map dengan aplikasi ini boleh dimuat turun dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai sistem beroperasi Android.

Fungsi aplikasi ini dengan Stellatrium adalah sama cuma Google Sky Map hanya sesuai untuk penggunaan di telefon bimbit dan Tablet sahaja.

Aplikasi ini juga boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem beroperasi Android di perisian Android Market. Dengan Google Sky Map ini para pengguna boleh mencerap langit malam dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang senang untuk dibawa mana
-mana sahaja.

Aplikasi Starwalk ini fungsinya juga sama seperti Google Sky Map tetapai Starwalk hanya sesuai untuk sistem beroperasi iOS yang terdapat dalam telefon bimbit. Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan Starwalk contohnya tempat, masa dan tarikh boleh ditetapkan ke masa lampau, masa sekarang atau masa hadapan.

Selain itu, Starwalk juga membantu pengguna dalam memahami apa yang telah dipaparkan pada skrin dan menyediakan pelbagai soalan kuiz yang berkaitan dengan apa yang telah dipaparkan. Dengan kuiz tersebut pengguna dapat mempelajari ilmu astronomi dengan lebih mendalam walau di man saja berada. Ia boleh dimuat turun di Apps Strore untuk telefon tertentu.

5 comments:

  1. nice blog. Maklumat yang dipaparkan memang sesuai kepada murid.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang dikongsi.

    ReplyDelete
  3. Blog bagus dan berterima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  4. Banyak maklumat disediakan, syabas.

    ReplyDelete